
Sulit
4 tahun
Bila panas, badan jadi gatal
doktor saya mahu bertanya. kenapa bila saya panas atau makan pedas ( pedas buat jadi berpeluh ) badan saya jadi gatal-gatal macam ada orang cucuk-cucuk. macam menyengat… dia sekejap je .dia berlaku masa panas sahaja. adakah sebab saya kurang vitamin. sebab musim pkp saya hanya duduk dalam bilik dan jarang keluar. bila waktu siang pun, bilik saya sedikit gelap kerana tingkap ditutupi dengan kain supaya cahaya matahari tak masuk. apa masalah saya ye doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu boleh mengalami masalah kulit gatal:
- Ekzema
- Radang kulit atau dermatitis
- Alahan terhadap debu dan bulu haiwan
- Kulit sensitif
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Ini hanyalah pandangan kami secara am. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca dan rawatan bagi masalah anda.
Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami. Terima kasih.