
Sulit
3 tahun
Bintik merah pada lengan
saya mengalami masalah bintik merah pada lengan kiri dan kanan…tp tidak merasa gatal…bila dipicit kluar air bisa dan tinggal kesan…dah hampir bertahun saya alami masalah ini…bermacam jenis ubat saya dah guna…dah ambik 2 suntikan pon,masih belom berkesan…harus bagaimana lagi saya untuk mengatasi masalah bintik-bintik merah ini…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala bintik-bintik merah pada tangan ini boleh disebabkan oleh alahan pada kulit yang terkena seperti sabun, krim, losyen atau bahan-bahan alahan yang berkait. Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh faktor cuaca dan musim yang boleh menyebabkan alahan disebar melalui udara. Tumbuh-tumbuhan juga boleh menyababkan alahan ada kulit.
Namun, jika bintik-bintik tersebut merebak kesuluruhan badan, ia boleh disebabkan oleh jangkitan virus seperti Chicken Pox ataupun penyakit kayap ( Shingles ). Teradapat juga kemungkinan bahawa bintik-bintik tersebut adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria pada kulit yang akan menyebabkan gejala bisul dan juga nanah pada kulit.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda boleh mencuba untuk mendapatkan rawatan ubat krim yang mengurangkan kegatalan atau keradangan kulit anda dari doktor atau pihak farmasi yang terdekat. Pastikan ubat tersebut tidak mempunyai bahan alahan untuk kulit anda, sila rujuk dengan doktor yang berdekatan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.