
Sulit
5 tahun
Bleeding hamil 7 minggu
Sy wanita dlm akhir 20an. Sy mengalami pendarahan ketika umut kandungan sy 7 minggu. Ia berlaku selepas sy bersama suami. Cecair darah keluar dalam kuantiti yg banyak. Tp berhenti selepas sy mencucinya. Sy pergi ke hospital dgn kadar yg segera. Kandungan sy doctor sah kan masih ada. Tp doctor cek bahagian kemaluan sy dan mengatakan tiada pendarahan berlaku. Selepas pulang dr rumah, darah berserta lendir keluar apabila sy lap menggunakan tisu. Ketika menbuang air kecil tiada darah keluar. Darah bercampur lendir berwarna coklat keluar apabila sy lap dgn tisu sahaja. Apakah mslh yg di alami oleh kandungan sy doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
Memandangkan anda hamil, masalah ini boleh menjadi normal sewaktu awal kandungan. Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengalami sakit dibahagian rahim atau pinggang, demam, pendarahan yang banyak dan ketulan darah yang bergumpal, sila dapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi masalah diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.