
Sulit
4 tahun
Cabut gigi geraham bawah 3 hari lepas tapi masih merasa sakit dan tidak selesa. ditemoat bius
saya baru sahaja cabut gigi geraham 3 hri lepas.utk maklumam doc.saya telah dibius sebanyak 4 kali semasa cabutan. saya sering merasa sakit seperti denyutan dibahagian tempat bius serta bekas tapak gigi. adakah ini normal dan kebiasaan berapa lama tempoh untuk gigi saya sembuh. memandangkan hampir keseluruhan mulut saya rasa tidak selesa dan rasa ketat dibahagian gusi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, proses untuk bahagian gusi di mana gigi geraham anda tumbuh untuk sembuh boleh mengambil masa sehingga 2 minggu. Pada beberapa hari pertama, pipi atau mulut bengkak ialah normal. Ini boleh menjadi penyebab anda merasakan denyutan di bahagian bius.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada pakar pergigian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.