
Sulit
3 tahun
Gatal peha Tanda mengandung?
Hai doktor, assalamualaikum. Saya wanita berumur 25tahun dan sudahpun berkahwin. Boleh saya tau kenapa ya sejak beberapa hari terasa gatal di peha, adakah itu salah satu tanda mengandung? Saya sudahpun period tarikh 22/5 dan juga tempoh subur “bersama” dengan suami. Jangkaan tarikh next period 23/6 saya tak pasti datang ke tak nanti. Tapi cuma nak tahu adakah gatal2 ini tanda mengandung? Harap ada la rezeki saya mengandung kali ini. Saya tunggu jawapan doktor.Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan yang diajukan.
Kami memahami hasrat anda untuk menimang cahaya mata dan ingin tahu sama ada gatal peha termasuk dalam tanda mengandung atau tidak.
Untuk pengetahuan anda, antara tanda-tanda awal kehamilan termasuk:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Pening
- Kerap membuang air kencing
- Bengkak pada kaki (edema)
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana
Jadi jelas, gatal peha bukan tanda mengandung dan mungkin disebabkan oleh penyakit lain seperti:
- Ekzema
- Alahan
- Jangkitan Virus
- Urticaria
- Dermatitis
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap agar penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor