
Anonymous
5 tahun
Gigi berlubang dan reput
Saya wanita 20’an.Gigi saya berlubang dan menjadi hitam.Sudah tidak boleh ditampal kerana gigi tersebut patah dan meninggalkn kesan lubang hitam.Apakah rawatan yang perlu saya lakukan selain tampal dan cabut gigi tersebut kerana sudah pendek dan tak boleh ditampal.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, gigi hitam dan berlubang juga dikenali sebagai teeth cavity yaitu gigi mereput. Keadaan ini adalah kekal dan tidak akan ada gigi baru yang tumbuh untuk menggantikan gigi tersebut.
Sebaiknya anda mengunjungi doktor gigi anda untuk dilakukan perawatan yang sesuai. Hal ini kerana gigi berlubang mendedahkan saraf dan gusi anda terhadap luar sehingga berisiko terjadi jangkitan dan peradangan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.