Sulit
3 tahun
Gigi geraham berlubang patah
Saya umur 21, gigi geraham saya berlubang dan patah separuh. Saya pemakai braces. Boleh kah saya cabut gigi tu? Dia akan menjejaskan gigi yang lain ke doc? Sebab gigi geraham sebelah hujung gigi braces saya.
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala gigi geraham berlubang. Kami akan cuba membantu anda.
Secara umum, gigi patah akan ditangani tergantung kepada jenis patah gigi yang anda alami, kondisi gigi yang patah dan hendaklah bersesuaian dengan nasihat profesional seorang doktor gigi.
Contohnya adalah, sekiranya patah itu separuh, dan kondisi gigi sekitar bagus, anda boleh memilih untuk melakukan crowning sahaja. Sementara itu, sekiranya patah gigi tersebut terjadi seluruhnya, terdapat beberapa perawatan termasuk perawatan akar (gigi patah) yang harus dilakukan sebelum menanam gigi atau membuat gigi palsu. Justeru, adalah digalakkan untuk anda merujuk doktor gigi di Klinik Kesihatan terdekat ataupun klinik gigi swasta dan berbincang pilihan yang sesuai dengan kondisi gigi anda.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.