
Sulit
4 tahun
Gigi geraham pecah akar belum cabut
helo doktor. saya mengalami masalah gigi. saya ada gigi geraham yang sudah pecah, dan akarnya sudah tertapuk oleh gusi. sejak kebelakangan ini, saya mengalami sakit kepala bahagian belakang, yg merebak naik ke atas telinga dan mata dan turun ke leher bahagian belakang . saya merasa kesakitan itu akibat akar gigi yang belum dicabut. adakah itu betul doktor ? saya takut untuk mencabut sebab takut ada kesan kesan lain. kalau saya ke klinik gigi dan nyatakan masalah saya ini, adakah doktor akan buat pemeriksaan lanjut sebelum mencabut akar gigi tersebut ? terima kasih menjawab pertanyaan saya doktor.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Berdasarkan keterengan yang diberi diatas, kami memahami anda menghadapi gejala sakit kepala bahagian belakang, bersertakan yang anda telah mempunyai gigi raham pecah dengan akar gigi tertapuk. Untuk makluman anda, akar gigi yang belum dicabut boleh menyebabkan sakit kepala bahagian belakang seperti yang anda hadapi. Namun, sakit kepala bahagian belakang juga boleh berpunca daripada:
- Terlambat makan
- Darah tinggi
- Migraine
- Stress dan kurang tidur
- Otot leher tegang
Ya, jika anda berjumpa dengan doktor, maka mereka akan melaksanakan pemeriksaan terlebih dahulu sebelum mencabut akar gigi bagi memastikan jika sakit kepala anda berpunca dari akar gigi atau tidak. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda disarankan untuk menjumpai doktor bagi mengetahui lanjut mengenail gejala yang anda hadapi.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima Kasih