
Sulit
3 tahun
Gigi taring saya goyang,saya remaja berumur 18 tahun.Saya ingin tahu adakah ada gigi taring(susu) yang baru mula goyang ketika remaja seperti saya sebelum tumbuh gigi kekal
Saya remaja berumur 18 tahun,2 hari yang lalu saya makan kacang kemudian saya tergigit kacang tu menggunakan gigi taring saya dan menyebabkan ianya bergoyang.Saya ingin tau adakah ada gigi taring(susu) yang bertahan hingga umur 18 sebelum tumbuh gigi kekal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda bertanya tentang kemungkinan gigi taring susu anda masih ada dan gigi kekal belum tumbuh. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman, gigi taring susu biasanya akan tertanggal dalam usia 10-12 tahun (bawah), 12-14 tahun (atas). Gigi taring yang kekal pula akan tumbuh antara usia 9-10 tahun (bawah), 11-12 tahun (atas).
Namun begitu, terdapat sesetengah kes yang tidak berlaku seperti yang dinyatakan atas sebab sebab tertentu seperti struktur rahang dan masalah lain. Oleh itu, jika anda khuatir tentang gigi anda, sila rujuk ke klinik gigi bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.
Terima kasih.