
Sulit
4 tahun
Hamil 6 minggu 5hari
Sebelum sedar yg sy tgh Hamil 6 minggu 5 Hari saya telah mkn kerabu Nanas muda dan mnum air kelapa dgn jumlah yg berulang kali. Adalah itu menyebabkan bahaya pada kandungan. Adakah akan menyebabkan kecacatan pada janis atau sbgai nya.dan telah buat scan tapi hanya ada kantung yg ksong. Normal kah dlm usia 6 minggu 5hari hanya nampak kantung. Skrg tgh merasai sakit2 d ati2 dan pinggang…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kehamilan.
Untuk makluman anda, makan nenas dan minum air kelapa tidak menjejaskan kandungan anda, ia hanyalah mitos semata mata. Namun anda harus berwaspada dan makan atau minumlah dengan sederhana.
Saya kurang pasti apa yang maksudkan tentang kantung kosong sahaja, dalam usia kandungan 6 minggu, biasanya kantung dalam rahim akan mengandungi embryo janin. Tetapi saya percaya sekiranya kantung kosong yang dikatakan anda adalah suatu masalah, sudah pasti doktor yang merawat tersebut akan melakukan ujian lanjut terhadap anda. Sebaliknya, sekiranya kantung tersebut adalah sihat dan normal, sudah pasti doktor tersebut memberikan jaminan yang baik untuk kandungan anda.
Sekiranya sakit yang anda alami berpanjangan di disertai pendarahan, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.