Anonymous
5 tahun
Hamil di bulan puasa
Assalam Hai Dokter,
Saya sudah lewat haid selama 6 hari.
Beberapa hari puasa , saya mengalami pedih uluhati.Breast bengkak dan perut cramp.
Baru tadi saya cek UPT , ia positive.
Boleh ke saya berpuasa? Sebab saya belum tahu usia kandungan.
Dan apa perlu saya ambil utk awal kehamilan ini?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, wanita yang hamil tidak digalakkan untuk berpuasa sekiranya anda mengalami gejala kehamilan serius, seperti muntah-muntah, kurang selera makan, kepenatan, pening dan pitam. Buat masa ini, anda adalah disarankan untuk mendapatkan pengesahan dan pemeriksaan yang teliti di klinik kesihatan yang berdekatan dan mendaftarkan kehamilan.
Pemakanan yang seimbang adalah penting semasa waktu kehamilan, Selain daripada nutrisi pemakanan, supplements yang disarankan untuk pengambilan ibu waktu hamil adalah seperti iron, folic acid, vitamin b, vitamin d. Walaobagaimana pun, doktor anda akan memberikan nasihat tentang pemakanan berdasarkan status kesihatan dan kehamilan anda.
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai kehamilan, anda adalah amat disarankan untuk rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.