
hellokilsy
5 tahun
Hilangkan parut di kaki akibat digigit kutu haiwan/kucing
Hi! 6 bulan lepas saya telang diserang/digigit okeh kutu kucing. Sehingga sekarang gatal masih merah, berair dan timbul. Berparut juga makin jelas, saya telah 4 kali ke klinik dan juga telah dicucuk tp masih sama. Boleh doctor suggestkan cream yg boleh saya dptkan di farmasi atau cara tradisional? Terima kasih sangat!

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan. Untuk maklumat anda, apa yang boleh dilakukan apabila terkena gigitan haiwan ialah:
- Basuh tempat gigitan menggunakan sabun dan air tanpa menggosoknya dengan kasar dan biarkan ianya kering
- Sapu krim (antiseptic) buat sementara waktu
- Laporkannya kepada doktor di klinik yang berhampiran
Walaupun kebanyakkan parut boleh sembuh dengan sendirinya, namun terdapat beberapa jenis parut pada kulit yang memerlukan rawatan spesifik seperti rawatan laser, pembedahan (cryo), suntikan steroid, rawatan radiasi dan sebagainya yang hanya boleh dilakukan oleh pakar kulit (Dermatologist). Walaupun terdapat ura-ura tentang ekstrak bawang, vitamin A & vitamin E untuk tujuan penyembuhan parut, namun kajian tentang penggunaan bahan-bahan tersebut adalah terhad dan memerlukan rundingan serta pendapat daripada pakar kulit sebelum rawatan diberikan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.