
Sulit
4 tahun
Ingin mengandung ketika bacaan gula dalam darah tinggi
Bagaimana wanita yang bacaan gula dalam darahnya tinggi ingin tetap mengandung. Wanita tersebut telah cuba sedaya upaya menjaga pemakanan tetapi bacaan gula dalam darah tetap tinggi. Bacaan gula dalam lingkungan 12 atau 13. Wanita tersebut betul2 ingin mengandung kerana usia telah menjangkau umur 30. Apakah Cadangan atau cara yang boleh dilakukan untuk wanita ini ingin mengandung dalam keadaan gula dalam darah tinggi. Minta pencerahan…terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ini. Untuk makluman pihak anda, kadar gula darah yang berlebihan akibat diabetes boleh meningkatkan peluang mengandung bayi dengan makrosomia (badan yang terlalu besar), yang boleh menyebabkan komplikasi semasa proses kelahiran. Akan tetapi, dengan mengawal paras gula darah dengan baik semasa kehamilan, risiko semasa proses kehamilan atau kelahiran boleh dicegah.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih