
Sulit
4 tahun
Kebas atau semut yang berlaku cepat kurang dari 3 minit. Berlaku pada bahagian tangan juga jika menggunakan handphone dalam jangka masa lama (30 minit ke atas)
Hi, saya memang ada masalah kebas kaki daripada kecil. Tapi lately ni, kebas kaki berlaku dengan sangat cepat. Contohnya saya duduk simpul, tak kurang dari 3 minit memang kaki terasa semut/kebas dengan sangat cepat. Selain daripada tu, tangan saya juga terasa kebas kebelakangan ni. Contohnya, bila saya menggunakan telefon bimbit dalam keadaan yang lama, dalam 15-20 minit untuk baca artikel atau sebagainya. Kedua tangan yang memegang telefon terasa ada kebas yang tak selesa. Saya mempunya medical history, prolapse intervertebral disc (PID) 3 tahun yang lepas yang diakibatkan oleh jatuh lebih dalam 2 kali.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas tangan yang anda alami boleh disebabkan:
Diabetes
Carpal Tunnel Syndrome - apabila saraf tangan dihimpit struktur sekitar pergelangan tangan
Aliran darah yang tidak mencukupi
Trauma - pada siku atau pergelangan tangan
Masalah neurologi seperti Multiple Sclerosis, Sindrom Guillain-Barre
Gejala awal strok
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera bagi memastikan diagnosis yang tepat dan awal dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.