
Sulit
4 tahun
Kebas Kepala Lutut Akibat Hentakan Waktu Kemalangan
minggu lepas saya eksiden moto dan lutut terhentak masa jatuh tu…mula² memang sakit and esok tu tengok dah mula bengkak sikit dan ada warna hijau biru tanda lebam…lepas beberapa hari lebam dan bengkak dah hilang tapi sampai sekarang bila saya garu²/gosok kepala lutut saya jadi kebas tak rasa apa macam baru lepas tuam dengan ais

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu kebas pada bahagian lutut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Saya fahami kebimbangan dan kerisauan anda pada masa ini tentang masalah kebas yang dialami oleh anda. Untuk masalah kebas anda, ia boleh berpunca daripada perkara berikut:
- Peripheral Artery Disease : terdapat plak yang tersumbat di dalam saluran darah di kaki menyebabkan saluran darah tidak lancar
- carpal tunnel sydrome
- kekurangan vitamin b12
- diabetic neuropathy
- ganglion cyst
- strok
- penyakit autoimun
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala seperti:
- Kebas yang berpanjangan
- Loya dan muntah
- Sakit dada
- Sakit tangan
- Hilang/gugur bulu di bahagian tangan
- Kekejangan
- Badan tidak boleh seimbang
- Penat dan lesu
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah kebas.
Saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala ini berpanjangan dan mengganggu aktiviti harian anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.