
zulhibatan
4 tahun
Kebas tapak tangan kiri dan rasa mencucuk dan rasa sengal di bahu kiri
Hello Doktor,
Saya lelaki berusia 40 tahun, ini adalah kejadian pertama apabila tapak tangan kiri saya kebas dan rasa mencucuk di kesemua hujung jari.
Saya telah ke KK pada malam kejadian. Doktor telah memeriksa BP dan telah melakukan ECG. Doktor memaklumkan bacaan ECG tiada masalah.
Bacaan BP kali pertama tinggi dan selepas ECG bacaan turut tinggi.
Adakah ini tanda minor stroke?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat pelbagai sebab kepada kebas tangan dan jari yang anda alami seperti:
- Sindrom Carpal Tunnel
- Kekurangan nutrien seperti vitamin B6, B12, kalsium dan potassium
- Strok minor
- Masalah saraf bahu - akibat kecederaan atau kekerapan menggunakan aktiviti yang menggunakan bahu
- Masalah jantung - seperti masalah saluran darah jantung
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.