
Sulit
4 tahun
Keluar darah semasa hamil
Saya dalam 17 minggu kehamilan untuk anak kedua, masih ada spoting bleeding, tapi tidak mengalami sebarang sakit di kawasan rahim. Tidak berlaku semasa kehamilan pertama. Perlukah ambil ubat @ terus ke kecemasan sahaja?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih Puan kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan soalan. Saya fahami kerisauan Puan dengan situasi pendarahan yang berlaku di trimester pertama kehamilan.
Terdapat banyak sebab yang menyebabkan pendarahan berlaku ketika hamil. Ia boleh dikategorikan mengikut trimester. Pada peringkat 17 minggu kehamilan, antara sebab pendarahan berlaku adalah :
Ancaman Keguguran : antara simptom ancaman keguguran termasuklah pendarahan yang sedikit berserta sakit di bahagian rahim ataupun tiada sakit. Doktor akan melakukan ultrasound dan pemeriksaan faraj untuk memastikan sekiranya keguguran berlaku.
Perubahan pada serviks : perubahan hormon yang berlaku pada seseorang ketika mengandung boleh menyebabkan perubahan pada permukaan serviks. Serviks menjadi leboh lembut dan lebih mudah untuk berdarah.
Jangkitan kuman : pendarahan juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada faraj wanita. Biasanya ia akan diiringi cecair lendir yang tidak normal.
Placenta previa : merupakan satu kondisi dimana uri berada di bawah berdekatan dengan serviks. Simptom pendarahan tanpa sakit biasanya mula berlaku seawal minggu ke-20 kandungan.
Bagi mengelakkan pendarahan terus berlaku, Puan dinasihatkan untuk :
- Mengurangkan aktiviti lasak
- Banyakkan berehat
- Hadkan pergerakan
Saya menasihatkan Puan agar segera ke Hospital berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut tentang kondisi kandungan Puan. Puan juga boleh berhubung dengan kami di link (DoctorOnCall) untuk mendapatkan nasihat dan konsultasi secara peribadi dengan pakar. Terima Kasih.