Sulit
4 tahun
Ketuat di ibu jari kaki
Saya wanita berumur 20an. Saya mengalami masalah ketuat di tapak kaki. Saya dah banyak menggunakan ubat2 dari farmasi tapi keadaan tetap sama dan makin bertambah. Ini menyebabkan saya kurang berkeyakinan terhadap diri saya. Macam mana caranya saya untuk menghilangkan masalah ini? Terima kasih doc.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Virus yang menyebabkan ketuat iaitu human papillomavirus, hanya menjejaskan lapisan pada dangkal kulit, menghasilkan pertumbuhan seperti kulit keras yang tebal. Rawatan lain termasuklah:
- Cryotherapy yang dilakukan di klinik atau hospital melibatkan penggunaan nitrogen cecair kepada ketuat, sama ada dengan semburan atau swab kapas.
- Pembedahan minor
- Prosedur menggunakan laser
- Penggunaan “trichloroacetic acid”
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.