Sulit
3 tahun
Ketulan ketulan kecil yg keras
Hi doc , adik saya umur 13 tahun. Tapak kaki dia bermula dgn ade ketulan ketulan kecil yg keras . Susah untuk dia menapak apabila berjalan dan sakit. kemudian apabila dipecahkan , ia jadi macam luka kecil kemudian membesar. Lapisan kulit kaki dia jadi pedih gatal dan bernanah di certain tempat. Luka dia sekarang besar dan dah dalam 1bulan lebih tak baik baik lagi. Hosp dah pergi dan dapat ubat Aqueous cream dan hydrocortison cream lepastu antibiotik. Tak baik baik lagi kaki nya. apa yg perlu saya buat ye doc? Tq😇
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang adik anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Virus yang menyebabkan ketuat iaitu human papillomavirus, hanya menjejaskan lapisan pada dangkal kulit, menghasilkan pertumbuhan seperti kulit keras yang tebal. Rawatan lain termasuklah:
- Cryotherapy yang dilakukan di klinik atau hospital melibatkan penggunaan nitrogen cecair kepada ketuat, sama ada dengan semburan atau swab kapas.
- Pembedahan minor
- Prosedur menggunakan laser
- Penggunaan “trichloroacetic acid”
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.