Sulit
4 tahun
Ketuat di jari . semakin bertambah
Saya mengalami masalah ketuat sejak beberapa tahun yang lalu.Pada mulanya saya anggap ketuat itu akan hilang macam tu je. Tapi semakin lama,semakin bertambah tapi tak sakit.Beberapa hari yang lalu saya ada beli ubat di farmasi jenama ellgy corns and warts.Saya memakainya selama 3 hari dan pada hari ketiga saya rendam jari yang ada ketuat dalam rendaman air suam dengan sabun. Saya cuba mencabut lapisan asid ketuat tersebut dan berdarah. Adakah itu normal? sekarang saya hanya cabut beberapa sahaja kerana saya takut salah. Apa yang perlu saya lakukan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan pernyataan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Ketuat adalah disebabkan oleh jangkitan lapisan luar kulit oleh virus yang dikenali sebagai ‘human papilloma virus’. Jangkitan ini mungkin berlaku selepas jari anda bersentuhan dengan kelupas kulit orang lain yang dijangkiti contohnya di bilik mandi dan kawasan sekitar kolam renang.
Ketuat boleh hilang dengan sendiri tanpa meninggalkan apa-apa bekas luka tetapi ia mungkin memakan masa sehingga 2 tahun. Sesetengah ketuat agak susah untuk dirawat dan adakalanya setelah dirawat, ketuat masih boleh berulang lagi. Contoh-contoh rawatan ketuat plantar termasuk:
- Asid salisilik
- Cryotherapy
- Rawatan-rawatan lain: Gel formaldehyde, gultaraldehyde, nitrate perak, dithranol, podophyllotoxin, asid trichloroacetic dan suntikan bleomycin.
- Pembedahan boleh dilakukan sekiranya rawatan topikal tidak berjaya.
Anda boleh cuba merawat ketuat anda menggunakan ubat farmasi tetapi rujuklah kepada doktor anda sekiranya anda:
- Mempunyai ketuat yang berdarah, menyakitkan, berubah rupa atau mengganggu aktiviti harian anda
- Tidak pasti diagnosisnya
- Cuba merawat ketuat sendiri tetapi ia berterusan dan mula menyebar
- Mempunyai kencing manis dan kebas di kaki anda
- Mempunyai sistem imun yang lemah kerana pengambilan ubat imunosupresi, AIDS atau penyakit imunosupresif
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih