Sulit
4 tahun
Ketuat kelamin atau polyps pada wanita hamil
salam dan selamat sejahtera dr, sya igin menanyakan berkenaan ketuat kelamin , dalam tempoh brapa lama ianya boleh hadir? adakah ianya merbahaya kepada kandungan? apakah beza ketuat kelamin dan polyps? apakah rawatan yang sesuai bagi kedua penyakit tesebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ketuat kelamin.
Untuk makluman anda, ketuat kelamin dan polyp adalah dua perkara berbeza. Kutil kelamin atau juga dikenali sebagai ketuat kelamin (“genital warts”) adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan virus HPV. Jenis kutil kelamin tidak mempunyai banyak perbezaan dari segi fizikalnya mahupun dari segi biologinya.
Rawatan kutil kelamin ataupun cara menghilangkan virus HPV yang menyebabkan ketuat kelamin boleh dilihat dari perspektif rawatan dirumah , rawatan diklinik dan rawatan gabungan. Rawatan dirumah bermaksud rawatan yang pesakit boleh ambil ubatnya dari farmasi dengan preskripsi doktor. Rawatan diklinik pula bermaksud rawatan yang memerlukan kepakaran doktor untuk membuang ketuat kemaluan. Rawatan gabungan adalah apabila kedua-dua kaedah digunakan.
Rawatan dirumah
Penggunaan krim Imiquimod - Krim Imiquimod adalah sejenis ubat sapuan yang meransang sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit ini. Krim ini perlu disapu sebelum tidur untuk dibiarkan selama 6-8 jam bagi kesan yang lebih efektif. Krim ini amat berkesan bagi kebanyakkan kes.
Penggunaan krim Podophyllotoxin - Krim ini adalah berlainan sedikit daripada krim Imiquimod dari segi cara ia membasmi virus HPV. Krim Podophyllotoxin berfungsi dengan menghalang tisu ketuat daripada mereplika atau bertambah jumlahnya. Ianya perlu digunakan dengan mengikut arahan yang diberikan oleh sebab kesannya yang tidak menyenangkan seperti ketidakselesaan ketika hubungan seksual.
Sinecatechins - Ini juga adalah sejenis ubat sapuan yang telah lulus ujian klinikal dan dapat membasmi gejala ketuat kelamin dalam 50% kes dalam tempoh 16 minggu.
- B) Rawatan diklinik
Kryoterapi - Kryoterapi adalah teknik pembuangan ketuat kemaluan menggunakan gas cecair nitrogen yang menyebabkan pembekuan ketulan ketuat lalu menyebabkan kematian dan penanggalan ketuat.
Elektrosurgeri - Ini adalah kaedah penggunaan arus elektrik terkawal untuk membakar ketuat. Pesakit diklinik akan dibius terlebih dahulu bagi mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan ketika menjalani prosedur ini.
Asid Trikoloroasetik (TCA) - TCA adalah bahan kimia yang boleh menyebabkan penggumpalan protein. Ianya sesuai digunakan untuk ketuat bersaiz kecil.
Pengasingan melalui pembedahan (“Surgical excision”) - Ini adalah cara menghilangkan ketuat yang selamat dan efektif bagi bintikan yang bersaiz besar. Ia juga memerlukan pesakit dibius terlebih dahulu sebelum prosedur dijalankan.
Terapi laser - Terapi laser menggunakan gas karbon dioksida (CO2) yang memanaskan tisu yang dituju sehingga ia mati dan boleh ditanggalkan daripada kulit. Teknik ini juga agak menyakitkan dan pesakit juga akan diberikan bius setempat bagi keselesaan.
Penyakit kutil kelamin ini adalah kondisi yang memerlukan pemeriksaan segera bagi tujuan rawatan dan pencegahan penyakit berkait jangkitan virus HPV. Oleh itu, ianya amat disarankan untuk mereka yang mempunyai masalah ini berjumpa dengan doktor bagi konsultasi lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.