Sulit
3 tahun
Biji di pergelangan tangan kanan
Saya wanita 23 tahun. sejak bulan disember tahun lepas, ada biji muncul dipergelangan tangan kanan saya bawah tapak tangan. biji itu makin besar dan kadang2 sakit bila saya banyak menaip (kerja saya memerlukan saya untuk banyak menaip). adakah saya perlu buang biji ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu ketuat pada jari tangan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Ketulan ataupun biji ini berkemungkinanan adalah ketuat. Virus yang menyebabkan ketuat iaitu human papillomavirus, hanya menjejaskan lapisan pada dangkal kulit, menghasilkan pertumbuhan seperti kulit keras yang tebal. Rawatan lain termasuklah:
- Cryotherapy yang dilakukan di klinik atau hospital melibatkan penggunaan nitrogen cecair kepada ketuat, sama ada dengan semburan atau swab kapas.
- Pembedahan minor
- Prosedur menggunakan laser
- Penggunaan “trichloroacetic acid”
Apabila ketuat terkena wap panas, wap panas itu berkemungkinan membunuh virus yang menyebabkan ketuat itu terjadi. Namun, anda diminta untuk berhubung dengan doktor berdekatan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.