Sulit
4 tahun
Apakah rawatan untuk Ketuat pada zakar
Saya 19 apakah rawatan yang saya akan jalani untuk hilangkan ketuat di zakar
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Ketuat kelamin ialah sejenis ketumbuhan yang tidak berbahaya yang biasanya disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ia merebak melalu hubungan seks (vagina, oral, dubur) atau dari ibu ke bayi semasa proses kelahiran. Ketuat biasanya timbul di bahagian vagina, dubur atau pangkal rahim bagi wanita. Untuk lelaki ketuat biasanya timbul di bahagian penis ataupun buah zakar.
Kebanyakan orang tidak akan mendapatkan rawatan untuk ketuat kerana ia biasanya akan menghilang secara spontan tanpa sebarang rawatan. Walaubagaimanapun, sekiranya tidak dirawat, ketuat akan tumbuh dengan lebih banyak dan besar. Hal ini kerana tanpa rawatan ketumbuhan itu boleh hilang tetapi virus itu masih berada di kulit anda. Ini boleh menyebabkan ia tumbuh di tempat lain dan merebak ke pasangan anda. Ia juga boleh menyebabkan kanser pangkal rahim bagi wanita. Oleh itu anda digalakkan mendapat rawatan daripada doktor.
Jika anda mengesyaki anda mengalami jangkitan ini, berjumpalah doktor dengan segera. Terdapat beberapa alternative untuk merawat ketuat. Sesetengah ketuat boleh dirawat dengan ubat topikal khas dinamakan krim Imiquimod yang boleh disapu pada ketuat. Jika ketuat besar, doktor akan membekukannya dengan menggunakan cecair nitrogen yang dinamakan cryotherapy.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.