Sulit
4 tahun
Ketuat kelamin di alat sulit
boleh saya tahu ubat apa yg sesuai untuk merawat ketuat kelamin kerana saya baru terkena
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, platform ini adalah untuk membincangkan masalah kesihatan perubatan yang dialami oleh pasakit. Malangnya kami tidak dapat untuk memberikan cadangan rawatan atau preskripsi ubat kerana sebelum berbuat demikian, diagnosis yang tepat haruslah diperolehi terlebih dahulu.
Ketuat adalah disebabkan jangkitan daripada sejenis virus iaitu human papillomavirus (HPV). Ianya boleh berlaku di pelbagai bahagian tubuh. Akan tetapi, sekiranya ia berlaku di bahagian alat kelamin, tidak digalakkan untuk anda menggunakan ubat ketuat untuk kawasan lain yang didapati di farmasi untuk kawasan tersebut kerana kulit di bahagian tersebut lebih sensitif.
Kebiasaanya ketuat ini boleh sembuh dengan sendirinya. Tetapi, sekiranya anda ingin merawat ketuat di bahagian alat kelamin, adalah sangat disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor agar anda mendapatkan rawatan yang sesuai untuk anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut serta pemeriksaan dilakukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.