Sulit
4 tahun
Ubat yang boleh saya dapatkan di farmasi ini atau di luar untuk ubati penyakit kutil kelamin, ianya tidak banyak
Saya berumur 33 tahun, ada sedikit mengalami beberapa kutil kelamin. dalam 2 atau 3 kutil. Ubat apa yang sesuai untuk saya dapatkan di farmasi ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ketuat pada kemaluan adalah disebabkan oleh virus HPV. Untuk merawat masalah ketuat di kawasan alat kelamin, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor terlebih dahulu kerana kulit di kawasan tersebut adalah sensitif dan tidak digalakkan untuk disapu apa-apa ubat tanpa kebenaran doktor.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.