Sulit
3 tahun
Keliling ketuat saya ada biji air
Salam, saya mengalami ketuat di bawah tapak kai dan ia merebak sehingga 10 biji ketuat di tapak kaki saya. Saya telah ke farmasi dan diberikan ubat Duofilm solution yang mengandungi salicylic acid. Saya telah mengamalkan nya selama 2 minggu lebih. Akan tetapi setelah itu tiba-tiba ketuat saya berasa gatal dan setelah beberapa hari, ia menggelembung dan seperti ada biji air. Saya telah memicit dan ia mengeluarkan air yang melekit sedikit. Saya basuh dan sanitize serta plaster ketuat saya. Saya juga berhenti sapu ubat Duofilm solution seketika kerana ada permukaan isi kaki saya yg bewarna merah, jadi saya takut berlaku infection lain atau pun pedih. Namun air tersebut asyik keluar ketika saya berjalan dan saya akn ulang basuh dan bersihkan. Saya juga meletakkan ubat gamat supaya luka lubang kecil itu segera kering. Saya juga memakai selipar supaya tidak terkena bakteria. Setelah itu, pada malam harinya, saya suluh dengan lampu di ketuat saya,dan mendapati rupanya ada biji air di dalam tapak kaki saya iaitu di keliling ketuat saya, biji air tersebut ada yang kecil2 banyak di tepi-tepi ketuat saya. Apakah masalah saya ini? Atau situasi ini merupakan salah satu proses untuk penanggalan ketuat saya?
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah ketuat pada tapak kaki yang dikelilingi dengan biji-biji air. Kami memerlukan maklumat tambahan dan pemeriksaan fizikal untuk mengetahui secara tepat punca masalah anda. Oleh itu, kami tidak dapat menyimpulkan jika masalah anda adalah proses normal atau tidak. Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor supaya rawatan lanjut dapat diberikan untuk anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.