Sulit
4 tahun
Ketuat pada jari tangan
Saya lelaki remaja bru je berusia 18 thn , saya mengalami ketuat pada jari dan saya juga kerja sebagai pembuat air , apakah yang akn terjadi apabila ketuat terkena wap panas
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu ketuat pada jari tangan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Virus yang menyebabkan ketuat iaitu human papillomavirus, hanya menjejaskan lapisan pada dangkal kulit, menghasilkan pertumbuhan seperti kulit keras yang tebal. Rawatan lain termasuklah:
- Cryotherapy yang dilakukan di klinik atau hospital melibatkan penggunaan nitrogen cecair kepada ketuat, sama ada dengan semburan atau swab kapas.
- Pembedahan minor
- Prosedur menggunakan laser
- Penggunaan “trichloroacetic acid”
Apabila ketuat terkena wap panas, wap panas itu berkemungkinan membunuh virus yang menyebabkan ketuat itu terjadi. Namun, anda diminta untuk berhubung dengan doktor berdekatan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.