Sulit
4 tahun
Darah beku setelah buat laser
Dua hari yg lepas, saya ke klinik untuk membuang ketuat di kaki. Jadi doctor guna cara laser untuk keluarkan akar ketuat tu. Jadi tapak kaki saya berlubang dan disarankan untuk sapu cream antibacterial and guna plasters… tp lama lama saya tgok lubang tu ada ketulan darah beku. Perlu tak buang darah beku tu ? And kakii saya ni masih berdarah and saya kena tukar plaster baru every hour sbb darah tu bnyk sgt sampai bocor plaster tu… okay ke situasi mcm ni ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sesetengah orang akan mengalami pendarahan secara minima untuk beberapa hari selepas rawatan laser. Namun, anda harus ke doktor sekiranya:
- Pendarahan berlangsung lebih daripada 1 minggu
- Demam
- Sakit yang keterlaluan di bahagian bekas ketuat
- Keluar cecair kuning atau berbau busuk dari kawasan yang telah dilaser. INi bermaksud anda terkena jangkitan.
Buat masa sekarang, anda digalakkan untuk kurangkan berjalan kerana bekasnya di tapak kaki anda. Ini mungkin juga boleh menjadi penyebab pendarahan ini masih berlansung. Punca lain boleh meliputi masalah pembekuan darah yang anda tidak sedari sebelum ini.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor di klinik berdekatan atau kembali ke doktor yang melakukan prosedur laser ini untuk penjelasan lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.