Sulit
3 tahun
Masalah ketuat sebelum kawin
Saya ada masalah ni yang mana dia tiba tiba muncul ketuat ni. Saya takut saya buntu. Syaa taknak sesiapa tau. Lpasni saya nk buat hiv test untuk settlekan hal kawin saya. Ketuat ni blh hilang tak ? Sebab sebelum ni takde. Nk tau effect tak untuk hiv test saya? Dan selamatke saya nk adakan hubungn sexs dengan suami saya selepas ni
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah ketuat yang muncul secara tiba-tiba. Namun, kami memerlukan maklumat lanjut di bahagian mana ketuat ini muncul. Bagaimanapun, kami akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan keterangan anda yang ada kaitan dengan hubungan seks, jika anda maksudkan ketuat yang tumbuh pada alat sulit, masalah sedemikian secara umumnya boleh disebabkan oleh:
- Mengguna pakaian dalaman yang terlalu ketat dan tidak bersih
- Penjagaan alat sulit yang kurang bersih
- Kerap berpeluh
- Jerawat
Akan tetapi, ia juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, seperti:
- Jangkitan kulat, bakteria atau virus
- Ekzema atopik, alahan kepada bahan yang digunakan pada seluar dalam
- Jangkitan kelamin (Herpes,Sifilis, HIV)
- Kista
Mengenai ujian HIV, ia merupakan ujian untuk mengesan jangkitan HIV dalam badan. Manakala punca ketuat perlu diketahui dahulu sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih