Sulit

3 tahun

Penyakit mata ikan di tapak kaki yang muncul sebanyak 3 kali selepas membuat pembedahan di klinik berdekatan rumah

Hi dan selamat sejahtera doktor . Sy berumur 14 tahun dan pernah membuat pembedahan kecil di bahagian tapak kaki sebanyak 2 kali . Hali ini disebabkan oleh kaki sy dijangkiti oleh penyakit mata ikan . Masalahnya , ketika sy berjumpa dengan doktor klinik pada kali kedua , doktor berkata mata ikan di tapak kaki sy ini muncul dalam jangkaan masa yg pendek kerana sy baru shj bedah 5bulan lalu . Sekarang sy sedang dlm keadaan penyembuhan luka tetapi sy bernampak ada kemunculan mata ikan yg kecil di tempat pembedahan tersebut . Bolehkah doktor tolong terangkan sebabnya dan adakah ini serius ?

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang penyakit mata ikan atau ulser.

Mata ikan adalah disebabkan oleh jangkitan virus yang bernama Human papilloma virus (HPV) yang mana virus ini dapat merebak dari kulit penghidap kepada kulit orang normal sehingga lama-kelamaan menimbulkan masalah kulit berupa mata ikan. Biasanya seseorang akan mendapat mata ikan di kaki apabila ia memijak permukaan yang dipijak oleh orang yang mempunyai mata ikan sebelumnya kerana virus yang melekat. Selain itu, ia juga lebih mudah tersebar melalui sentuhan langsung daripada kulit si penghidap kepada kulit sihat.

Faktor risiko untuk mendapatkan mata ikan bergantung kepada imuniti dan sifat virus itu sendiri. Oleh kerana virus boleh hinggap pada sebarang permukaan, maka faktor risiko kejadian mata ikan adalah seperti berikut:

  • Seseorang dengan sistem imun yang rendah contohnya kanak-kanak, warga emas, pesakit HIV-positif
  • Pesakit kulit kronik seperti penderita ekzema yang mana lapisan kulit luar telah rentan dan mudah luka
  • Berkongsi tuala, kain baju, stokin atau kasut dengan penghidap
  • Kebiasaan menggigit kuku atau menghisap jari
  • Berjalan kaki tanpa alas kaki di tempat awam jika anda mempunyai verruca
  • Mengopek atau mengupil ketuat

Saya menasihatkan anda untuk menurut rawatan yang diberikan oleh doktor yang merawat anda. Elakkan risiko yang dinyatakan di atas bagi menghindari penyakit ini daripada terus berlaku.

Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

footPain-1045328130-770x553%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)