Sulit
3 tahun
Ubat untuk Ketuat genital
Saya ada membaca sesetengah ubat sapuan untuk ketuat tidak sesuai digunakan pada bahagian sulit. Soalan saya, Apakah rawatan yang sesuai bagi menghilangkan ketuat genital atau ketuat kelamin yang boleh dilakukan? Adakah ada ubat atau krim yang sesuai digunakan untuk ketuat jenis ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Menurut kenyataan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah ketuat pada bahagian kemaluan. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Umumnya gejala ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya termasuk
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Kerap berpeluh
- Mengguna pakaian dalaman yang sempit dan tidak bersih
- Jerawat
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Jangkitan kulat, bakteria atau virus
- Ekzema atopik, alahan kepada bahan yang digunakan pada seluar dalam
- Jangkitan kelamin (Herpes. Sifilis)
- Kista (“cyst”)
- Ketuat
Oleh itu anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.