Sulit
4 tahun
Ketuat kelamin di keliling kepala anus
saya lelaki berumur 19 tahun, saya baru sahaja melihat gambar ketuat kelamin bagi lelaki, dan saya baru perasan bahawa saya mempunyai ketuat di keliling kepala anus saya. tapi, saya ada benda tu sejak lepas sunat. jadi saya sangka kan itu pekara biasa. jadi persoalan nye di sini, adakah saya menghidap hpv sejak bayi dan adakah ia berbahaya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera.
Ketuat, atau genital warts, merupakan sejenis ketumbuhan kulit yang disebabkan oleh virus human papilloma virus atau HPV. HPV biasanya merebak melalui hubungan seks atau dari ibu ke anak semasa proses kelahiran. Ketuat biasanya akan timbul 3 minggu hingga 3 bulan selepas terdedah kepada jangkitan HPV. Ketuat biasanya adalah tidak berbahaya kepada anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.