Sulit
4 tahun
Ketuat dia labia. Test pap smear, std & hiv negatif
Hi, macam mana saya nak hilangkan ketuat di labia? Saya dah pergi jumpa doktor klinik kerajaan, test pap smear, std & hiv semua negatif.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ketuat ini kebiasaannya tidak memerlukan rawatan sekiranya tidak menyebabkan gejala dan boleh hilang dengan sendirinya.
Akan tetapi, untuk mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Ketuat disebabkan oleh human papilomavirus (HPV) yang dikesan dengan ujian pap smear. Sekiranya pap smear anda negatif, masalah yang anda alami berkemungkinan bukan ketuat.
Selain itu, memandangkan anda telah berjumpa dngan doktor bagi masalah ini, anda disarankan untuk berbincang dengan doktor anda bagi mengatasi masalah ini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat dan seterusnya medapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.