Sulit
3 tahun
Ketuat kelamin yang ada pada area lubang anus
Doc saya nak tanya, ubat apa yang boleh saya pakai untuk mengubati ketuat kelamin yang ada di area lubang anus saya, baru baru ni saya mendapati bahwa pada area lubang anus terdapat macam benjolan mula2 satu lepastu semakin hari tumbuh lagi, mohon bantuannya doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, ketuat yang dimaksudkan oleh anda adalah terlalu umum. Selain itu, pemeriksaan lanjut oleh doktor perlu dilakukan supaya rawatan yang diberikan dapat mengubati ketuat dan gejala yang dialami oleh anda. Oleh itu, kami tidak dapat mengesyorkan sebarang jenis ubatan tanpa melakukan pemeriksaan terlebih dahulu. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.