
Anonymous
5 tahun
Kulit kepala gatal dan berair
assalamualaikum.
kulit kepala saya mengalami kegatalan dan berair serta berkerak berwana putih… apabila saya garu ia berair…

6 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Masalah kegatalan kulit pada bahagian kepala adalah salah satu perkara biasa yang diamlami oleh mayarakat kita.Namun begitu, jikalau ia berair dan berdarah maka pandangan doktor diperlukan.
Terdapat beberapa punca untuk hal ini seperti:
- reaksi allergi
- kelemumur
- jankitan kutu dan kulat
- keadaan kulit kepala yang kering
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih