
Sulit
5 tahun
Lidah kèbas dan ubat kumur(listerine)
Doktor,adakah normal bila kita menggunakan ubat kumur(listerine) dengan kerap lidah akan berasa kebas.?selepas mengguna ubat kumur sy akan bilas dengan air biasa.adakah perlu bilas dengan air biasa atau tak perlu?tq dktr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda disarankan untuk menggunakan ubat kumur sekali atau dua kali sehari. Anda tidak perlu berkumur dengan air biasa setelah menggunakan ubat kumur kerana fluoride dalam ubat kumur ini masih berfungsi apabila anda meludah keluar ubat kumur. Sekiranya anda berasa lidah anda kebas, anda boleh tukar kepada ubat kumur yang kurang pedas.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pergigian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.