
aeidaeirah
4 tahun
Masalah rahang berlaga dan sakit
Salam doktor, saya ada masalah rahang sejak akhir tahun 2019 secara tiba-tiba tanpa tau puncanya. Saya tidak boleh membuka mulut dengan luas ketika hendak makan dan jika saya membuka mulut luas-luas, rahang saya akan berlaga dan mengeluarkan bunyi seperti tulang berlaga dan kadang kala terasa sakit seperti tulang saya akan patah atau hancur. Apa punca dan penyelesaian masalah ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, selain masalah gigi dan gusi, masalah rahang juga adalah dibawah rawatan doktor gigi. Di sini, kami hanya membincangkam masalah perubatan. Oleh itu, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor gigi. Atau, anda boleh berjumpa dulu dengan doktor perubatan untuk rawatan lanjut dan kemudiannya mendapatkan rujukan untuk berjumpa doktor gigi.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.