
Sulit
4 tahun
Masalah ruam merah,tapi tidak gatal dan tidak pedih
saya lelaki berumur 29 tahun,saya mengalami ruam merah yang banyak sangat hampir 80% di badan saya…mula-mula naik bintik,lepas tu naik merah dan lama kelamaan membuatkan kulit saya menggelupas di bahagian merah tersebut…mohon pencerahan daripada doc…ruam yang saya alami ini tidak gatal dan tidak pedih…dan tidak mengalami sakit or demam dan sebagainya…

4 tahun
Selamat sejahtera! Terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Psoriasis adalah keadaan kulit biasa yang mempercepatkan kitaran hidup sel-sel kulit. Ia menyebabkan sel-sel membina dengan cepat pada permukaan kulit. Sel-sel kulit tambahan menyebabkan kegatalan dan kadang-kadang menyakitkan
- Dermatitis Kontak Alergi
- Alahan ubat
- Steven Johnson Syndrome
- Toxic Epidermal Necrolysis
- Dan lain-lain
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Buat sementara waktu, anda boleh cuba melakukan langkah-langkah berikut bagi mengurangkan gejala, seperti:
- Menggunakan pelembab
- Berhenti merokok
- Menjauhkan diri dari punca stres
- Minum secukupnya
- Menjauhi kawasan/cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
Krim seperti korticosteroid dan retinoid juga boleh membantu mengurangkan gejala kulit mengelupas yang ringan dan sederhana. Namun anda tetap dinasihatkan mendapat nasihat doktor secara langsung terlebih dahulu.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.