
Sulit
4 tahun
Mengambil ubat tahan gatal semasa hamil
Salam sejahtera,
Sy wanita berusia 24 tahun dan sedang hamil.
Sy mengalami gatal2 seluruh badan, bolehkah sy mengambil pil ezede bg mengurangkan gatal yg dialami? Atau doktor ada cdgn ubat yg lain? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kulit gatal semasa hamil seperti berikut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya
- masalah hati
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Dermatitis alahan beserta jangkitan
- Jangkitan kuit
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit auto-imun seperti systemic lupus erythematosus (SLE)
Ubat yang anda nyatakan selamat diambil ketika hamil.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.