
Anonymous
2 tahun
Mengandung boleh makan durian?
Doc saya pregnant 16 minggu. Saya nak tanya, betul ke mengandung tak boleh makan durian? Jika boleh, berapa kuantiti maksimum yang boleh dimakan oleh ibu mengandung? Terima kasih doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, pengambilan durian adalah tidak begitu disarankan untuk wanita mengandung kerana boleh menyebabkan gas di dalam perut serta kandungan gulanya yang agak tinggi boleh meningkatkan risiko diabetes ketika hamil.
Namun begitu, sekiranya begitu ingin makan durian tersebut, ambil hanya seulas dan maksimum dua ulas sahaja dan elakkan mengambilnya terlalu kerap. Sebaiknya jarakkan pengambilan sehingga dua atau tiga minggu sekiranya ingin mengambilnya lagi.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih