
Sulit
4 tahun
Parut di kaki yang sangat teruk
Saya wanita berumur 19 tahun.Saya ada masalah parut di kaki yang sangat teruk.Parut yang sudah lama dan berkekalan,serta semakin banyak .Saya taktahu bagaimana cara atasi masalah ini.Adakah krim menghilangkan parut vitamin E yg dijual di pasaran adalah langkah yg terbaik ?Saya harap dr dapat menjelaskan dengan lebih lanjut .Terima kasih dr.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan parut boleh sembuh dengan sendirinya, namun terdapat beberapa jenis parut pada kulit yang memerlukan rawatan spesifik seperti rawatan laser, pembedahan (cryo), suntikan steroid, rawatan radiasi dan sebagainya yang hanya boleh dilakukan oleh pakar kulit (Dermatologist).
Walaupun terdapat ura-ura tentang ekstrak bawang, vitamin A & vitamin E untuk tujuan penyembuhan parut, namun kajian tentang penggunaan bahan-bahan tersebut adalah terhad dan memerlukan rundingan serta pendapat daripada pakar kulit sebelum rawatan diberikan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.