Anonymous
5 tahun
Pendarahan selepas keguguran
Adakah normal jika keluar cecair berwarna coklat gelap kuantiti seperti keputihan selepas keguguran selama sebulan lebih? Usia ketika keguguran adalah 6 minggu. Semasa keguguran, darah yg keluar hanya 3 hari dan selepas 2 minggu ad darah yg keluar tetapi sehari sahaja. Dan sekarang selepas 1 bulan lebih ada lagi cecair berwarna coklat
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Terdapat beberapa punca pendarahan anda boleh berlaku, seperti:
- pendarahan disebabkan oleh tisu yang masih berada dalam rahim
- pendarahan disebabkan oleh kitaran haid yang kembali
- gangguan hormon yang tidak stabil
- darah lama yang teroksida
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.