
Sulit
4 tahun
Penggunaan ubat untuk budak 2 tahun
Hi. anak sy baru 2 hari sakit batuk. Batuk menjadi lebih kuat pada waktu malam. Jadi sy ke farmasi & pihak sana memberi ubat Allavin Expectorant (Batuk) & Antismine Syrup (Selesma). Puas sy google pasal ubat ini. Jadi disini sy mohon pencerahan berkenaan ubat tersebut sebab kebanyakan artikel keluar untuk ubat orang dewasa. Terima Kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Allavin Expectorant digunakan untuk melegakan batuk dan komplikasi berkaitan dengan hipersensitiviti dan manifestasi alahan saluran pernafasan seperti demam selesema, bronchitis (radang saluran yang membawa udara ke paru-paru).
Jangan mengambil Allavin Expectorant sekiranya anda:
alergik/alah kepada sebarang ubat- ubatan yang mengandungi diphenhydramine , ammonium chloride atau bahan lain dari produk ini.
Mempunyai porphyria
(penghasilan heme yang tidak normal yang selalunya menjejaskan sistem saraf dan kulit).
Mempunyai sawan, kelenjar prostat membesar, kesukaran membuang air kecil, glaukoma (tekanan dalam mata tinggi) dan masalah hati.
sedang atau telah mengambil monoamine oxidase inhibitors, iaitu ubat digunakan untuk merawat masalah kemurungan.
hamil atau menyusukan bayi.
- Berapa banyak harus digunakan
Dos dewasa dan kanak-kanak lebih 12 tahun
10ml tiga hingga empat kali sehari.
Dos kanak-kanak 4-12 tahun
2.5ml hingga 5ml tiga hingga empat kali sehari.
- Bila perlu digunakan
Ubat ini perlu diambil tiga hingga
empat kali sehari jika perlu.
Ikut arahan doktor atau ahli farmasi anda.
- Berapa lama perlu digunakan
Ubat batuk dan selesema biasanya diambil untuk jangka masa yang singkat sahaja sehingga simptom anda hilang.
Hubungi doktor atau ahli farmasi anda sekiranya anda mengalami kesan sampingan berikut dan ianya membimbangkan anda:
mengantuk
pening
kehilangan koordinasi
kekeringan mulut
mukus menjadi pekat
penglihatan kabur
kesukaran atau kesakitan semasa buang air kecil
sembelit
degupan jantung perlahan dan sementara diikuti dengan degupan jantung laju dengan berdebar dan tidak sekata.
Berkenaan ubat antismine syrup pula:
ubat ini adalah digunakan untuk selesema.
Kesan sampingan ubat ini adalah mengantuk, pening kepala, sakit perut dan mulut kering.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.