
Sulit
5 tahun
Puasa ketika mengandung 15 minggu
Bolehkah saya berpuasa ketika hamil 15 minggu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, wanita hamil sememangnya diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa. Namun, terdapat juga ramai ibu mengandung yang berpuasa dengan syarat tiada masalah kesihatan semasa hamil. Oleh kerana anda di trimester kedua sekarang, anda boleh berpuasa sekiranya anda tidak menghidapi penyakit-penyakit berikut:
- Kencing manis
- Penyakit hati yang tidak berfungsi
- Asma yang teruk
- Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
- Kehamilan kembar
- Risiko bayi pramatang
- Masalah-masalah kehamilan lain yang serius
Namun, carian akademik kami menunjukkan bahawa risiko untuk kelahiran pramatang lebih tinggi sekiranya ibu mengandung berpuasa dalam trimester kedua, khususnya minggu 22-27. Hal ini kerana banyak tenaga digunakan untuk menampung permintaan kehamilan anda pada waktu ini. Maka, ketika anda berpuasa, anda harus berjaga-jaga dan perhatikan tanda-tanda di bawah supaya kandungan anda tidak terjejas.
- Pening, pengsan, lemah atau letih
- Loya atau muntah
- Sekiranya anda telah masuk 20 minggu ke atas, anda harus perhatikan pergerakan dan keaktifan bayi anda
- Berasa sangat dahaga dan kencing sangat gelap. Ini menandakan dehidrasi.
- Berat badan tidak bertambah atau berkurangan
- Rasa sakit seperti bersalin
- Sakit kepala dan demam
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.