Sulit
3 tahun
Rawatan selepas gigi Di cabut
Sy wanita 47 thn. Cara untuk rawat sakit pd tempat gigi Geraham yg di cabut.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Anda ingin mengetahui rawatan untuk sakit pada tempat gigi geraham yang dicabut.
Jikalau ubat yang diberikan oleh doktor gigi anda sudah habis,anda boleh mengunjungi semula doktor gigi anda untuk konsultasi dan tambahan ubatan lain.
Namun demikian ,jikalau anda ingin petua lain.
anda boleh mengunakan beberapa cara berikut.
Antaranya:
Kumur dengan air garam
Tuam bahagian sakit dengan ais
Ambil uncang teh pudina suam dan tuamkan pada kawasan yang sakit
Anda boleh tumbuk bawang putih, campurkan dengan garam dan sapukan pada kawasan yang sakit.
Gunakan pengkumur yang menganduing hidrogen peroksida
Campurkan bunga cengkih dengan segelas air kecil dan kumur bagi membunuh bakteria dan melegakan kesakitan.
Kumuh dengan air kunyit
Kami harap jawapan ini membantu
Anda juga boleh bercakap dengan doktor untuk maklumat lanjut melalui konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.