
Sulit
4 tahun
Ruam & Gatal selepas sakit kepala yang teruk
Doktor, saya seorang perempuan berumur 29 tahun. saya tidak mempunya sebarang penyakit kronik tapi 3 4 hari yang lepas saya sakit kepala yang teruk dan selepas ke klinik berhampiran saya dikatakan mengalami Vertigo. selepas sakit kepala saya sembuh, badan saya tumbuh ruam2 di dalam kulit (tidak timbul) tapi gatal mengganggu tidur saya. saya sudah berjumpa doktor dan mengambil suntikan alergi tapi sehingga skrg ruam & gatal tidak sembuh. minta pandangan

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai gejala ruam gatal yang anda hadapi. Apatah lagi gejala ini boleh mengganggu aktiviti seharian anda. Punca ruam gatal ini boleh disebabkan perkara yang serius atau sebaliknya. Hal ini kerana, jika terlalu gatal sehingga menyebabkan anda menggaru dengan kerap, terdapat risiko anda mencederakan lapisan kulit sehingga menyebabkan jangkitan kuman pada kulit. Untuk makluman anda terdapat beberapa punca yang meyebabkan kulit gatal yang anda alami. Antaranya ialah:
- Kulit kering
- Eczema
- Alahan – ubat ataupun makanan (ini mungkin berlaku kepada anda kerana anda mengambil ubat sakit kepala tersebut)
Masalah tidak akan selesai jika anda tidak mengasingkan benda atau faktor alahan.Kami memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti jika ubat tersebut benar-benar menyebabkan alahan kepada anda. Hal ini kerana, jika anda berhenti mengambil ubat tersebut dengan sewenang-wenangnya, anda akan mendapat sakit kepala kembali.
Sekali lagi saya jelaskan, Terdapat beberapa perkara yang perlu ditanyakan sebelum punca masalah anda dapat diketahui.Oleh itu, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.