pinkylovers94
5 tahun
Sakit Dada belah Kanan dan kiri
Saya wanita berumur 25 tahun. Saya kadang kala mengalami sakit dada di bawah breast belah kanan dan kadang kala dibelah kiri. Sometimes, denyutan jantung terasa laju. Dan saya juga obesiti. Apakah tanda itu doktor? Adakah sebab makan berlebihan atau lain doktor?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit dada termasuk:
*Penyakit jantung
- Penyakit paru-paru
- Penyakit tulang
- Kayap
Penyakit jantung yang dikenali sebagai angina pectoris merupakan sejenis kondisi yang menyebabkan sakit dada yang kronik. Kondisi ini adalah disebabkan oleh kekurangan oksigen ke sel-sel jantung.
Sakit dada yang berpunca dari angina pectoris biasanya menjadi lebih serius semasa menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal dan kesakitan tersebut akan berkurangan semasa berehat. Berdasarkan kenyataan anda, risiko anda untuk menghidap penyakit jantung adalah lebih tinggi sekiranya anda mempunyai faktor-faktor risiko untuk menghidap penyakit jantung seperti:
- Usia yang lebih tua
- Anggota keluarga yang menghidap penyakit jantung
- Darah tinggi
- Kencing manis
- Kolesterol tinggi
- Penyakit buah pinggang
- Merokok
- Berat badan berlebihan
- Kekurangan senaman
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.