
rasidah_idora
5 tahun
Sakit gusi..gusi bengkak
Assalamualaikum doktor…sy ida berumur 29 tahun…saya ingin tahu beberapa tips dari doktor berkaitan dengan gusi bengkak…pagi ni masa saya nak gosok gigi baru perasan yang gusi belah bawah saya bengkak…tapi ia tidak la sakit sangat…saya rasa sangat tak selesa sekarang…malah saya takut ia jadi semakin besar dan bernanah…doktor boleh share pada saya tak serba sedikit info untuk kurangkan rasa bengkak ni…sebelum ianya melarat
terima kasih doktor🤗

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap penyakit gusi atau gingivitis. Penyakit gusi merupakan sejenis keradangan pada gusi. Penyakit gusi biasanya disebabkan oleh ginfeksi gigi yang berlubang. Antara tanda-tanda penyakit gusi adalah gusi bengkak, gusi berdarah terutamanya semasa memberus gigi, gusi yang sakit serta bau mulut yang busuk. Penyakit gusi boleh mendatangkan komplikasi seperti penyakit gusi kronik, periodontitis, nanah di bawah gigi, ulser, limfa yang bengkak serta risiko yang tinggi untuk gigi yang rosak.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!