
Sulit
4 tahun
Sakit Perut berpanjangan dan tidak selesa
Haii, saya lelaki berusia 24 tahun… Nak tanya, saya ada mengalami masalah sakit perut berpanjangan… Selepas makan saya mesti pergi ke tandas untuk membuang air besar dan saya tidak boleh duduk dalam suasana yang sejuk, membuatkan saya rasa untuk membuang air besar… Adakah itu normal atau sebaliknya? Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Masalah tenesmus (rasa ingin membuang air besar walaupun anda sudah membuang air besar) merupakan salah satu gejala kanser usus namun, tidak semestinya kanser. Banyak lagi gejala lain, sejarah kesihatan serta pemeriksaan lanjut harus dilakukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Kami memerlukan lebih banyak maklumat tentang anda duduk dalam tempat sejuk dan kemudiannya berasa hendak membuang air besar.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.