
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang hingga punggung
salam dan salam sejahtera. saya berumur 21 tahun. saya mengalami masalah sakit pinggang sehingga punggung. saya telah xray di klinik dan doktor mendapati tulang belakang dalam keadaan baik. tapi doctor mendapati saya memounyai masalah saraf (confirm) iaitu slip disc (mungkin). saya disini ingin menanyakan pendapat doctor tentang cara untuk merawat, atau mencegah dari berterusan sakit. saya diberi vitamin yang mengandugi magnesium, calsium, boron etc. adakah perlu saya ubat lain untuk merawatnya? apakah vitamin/kaedah yang sesuai untuk masalah slip disc? mohon doctor sarankan… saya inginkan pendapat dari doctor. terima kasih in advance. dr sangat membantu…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan diatas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dilaui. Untuk pengetahuan anda, slipped disc adalah penyakit yang melibatkan masalah cakera tulang belakang ( Intervertebral disc ), yang mana kandungan di dalam cakera intervertebra iaitu nucleus polposus terkeluar dan menghimpit saraf dikawasan tulang belakang. Penyakit slip disc merupakan penyakit yang sangat berbahaya jika berada di tahap yang serius. Perkembangan penyakit harus diawasi dan pesakit haruslah berjaga-jaga dengan punca yang mencetuskan kesakitan atau kebas. Sebetulnya, terdapat beberapa hal yang mempengaruhi berat dan keparahan penyakit ini yaitu:
- Umur. Hal ini kerana penyakit slip disc selalunya berlaku kepada golongan usia lanjut kerana bahagian luaran yang melindung disc akan semakin haus dan mengakibatkan disc lebih mudah bergerak daripada tempat asalnya.
- Melakukan pergerakan dengan tiba-tiba. Hal ini kerana sesetengah pergerakan dan posisi badan yang dilakukan secara tiba-tiba atau dengan cara yang salah terutamanya pada usia yang tua akan membawa kepada masalah slip disc ini.
- Mengangkat objek yang berat. Hal ini juga turut boleh menyumbang kepada berlakunya penyakit slip disc ini. Dengan mengangkat objek berat ianya menyebabkan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang kita. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan disc bergerak keluar dari tempat asalnya sehingga mendatangkan sakit.
- Berat badan yang melampau. Apabila seseorang itu mempunyai berat badan yang melampau atau obesiti tulang belakang mereka tidak dapat menampung berat badan mereka yang melampau sekali gus menyebabkan golongan ini terdedah kepada kelemahan slip disc.
- Otot yang lemah. Individu yang tidak mengamalkan gaya hidup aktif atau senaman untuk menguatkan otot mereka berisiko tinggi untuk slip disc. Hal ini demikian kerana otot yang lemah tidak dapat membantu menyokong tulang belakang mereka dengan kukuh.
- Kehidupan yang tidak aktif. Keadaan ini selalunya merujuk kepada golongan yang berkerja di pejabat kerana hanya duduk berpanjangan tanpa sebarang pergerakan. Tabiat duduk sahaja tanpa melakukan sebarang aktiviti regangan badan memberikan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang bahagian bawah.
Tambahan pula, rawatan bagi slipped disc terbahagi kepada dua iaitu rawatan sokongan seperti pengambilan ubat tahan sakit, mengelakkan daripada melakukan aktiviti yang tidak bagus untuk tulang belakang, mengamalkan postur tubuh yang baik serta pembedahan atau terapi laser.
Bagi merawat masalah ini, puncanya haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lebih mendalam harus diperolehi sebelum kesimpulan boleh dibuat.Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Terima kasih.